Khamis, 13 November 2008

Makanan alternatif Lintah






Ternakan lintah kami, juga diberikan baja atau makanan alternatif selain daripada belut. Baja ini selain menjadi makanan lintah, ia juga boleh dijadikan pengganti kepada tanah atau pasir yang diperlukan di dalam kanvas atau polytank.  Baja ini dapat mempercepatkan pembiakan dan lintah-lintah ini akan membina koloninya sendiri dalam baja ini.


Kami membekalkan baja atau makanan alternatif ini pada harga RM15 / kg di mana satu beg yang dijual seperti di dalam gambar adalah bersamaan 2 kg.




Selasa, 4 November 2008

Makanan Lintah

Sesuai dengan sifat lintah yang suka menghisap darah maka kebiasaannya belut cukup sesuai dijadikan makanan untuk lintah. Kebiasaannya lintah akan diberi makan makanan berbentuk jeli darah dan baja campuran yang mana kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama dalam menggalakkan pembiakan lintah-lintah ini. Namun begitu darah hidup adalah lebih sesuai dan baik untuk lintah di mana darah belut ini akan menggalakkan pembiakan lintah.




Isnin, 3 November 2008

Rumah Baru di Kolam Kanvas

Setelah bertungkus lumus menyiapkan kolam kanvas kini tiba masanya untuk memindahkan lintah ke rumah barunya itu.


Ruangnya lebih luas dan lintah lebih bergerak bebas. Jangan risau, lintah tersebut tidak akan berjaya keluar dari kolam. Air tidak perlu banyak,
cetek sahaja. Letakkan pasu tempat berlindung dan kiambang atau keladi
bunting kerana lintah suka bermain di akar2 dan tempat untuknya bertelur. Berikut antara foto2 yang sempat diambil semasa proses pemindahan lintah2 ini ke lokasi barunya.










Ahad, 2 November 2008

Pembinaan Kolam Kanvas

Kolam Kanvas


Pembinaan Kolam Kanvas Lintah


Kami bertungkus lumus bagi menyiapkan projek penternakan lintah menggunakan kolam kanvas. Sebelum ini kami menggunakan tong bagi penternakan lintah namun kami dapati penggunaan kolam kanvas lebih praktikal kerana lebih luas dan ini akan lebih menggalakkan pembiakan lintah.


Kami akan membina lebih banyak lagi kolam lintah ini sebelum hujung tahun 2008 ini untuk memastikan pembiakan lintah yang lebih banyak di masa akan datang.


Berikut dilampirkan foto-foto yang sempat diambil sewaktu menjalankan aktiviti membina kolam kanvas..


Projek bermula













Kolam-kolam kanvas yang telah disiapkan.


Khamis, 16 Oktober 2008

Kursus Ternakan Lintah Di Melaka

Kursus Ternakan Lintah di Melaka


Agro Multivision Resources akan mengadakan kursus ternakan lintah anjuran bersama dengan Pergerakan Pemuda Kampungku Sayang Bukit Baru, Melaka. Penyertaan terbuka untuk semua dan butir-butir kursus adalah seperti berikut:



  • Tarikh : Ditunda atas sebab-sebab teknikal. Tarikh sebenar akan dimaklumkan kemudian.
  • Masa : 8.30 am - 4-00 pm
  • Tempat : Balai Raya Bukit Baru Kampungku Sayang
  • Yuran : Rm 250/orang



Minum pagi dan makan tengahari akan di sediakan oleh pihak urusetia.




Segala pertanyaan boleh hubungi : -



En. Zaidi : 016 - 6652250



En.Khalid : 012-6055346







Isnin, 13 Oktober 2008

Biologi Lintah


Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.



Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.

Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.

Khasiat Lintah

LINTAH DALAM PERUBATAN

Daripada lebih 600 spesis lintah yang telah dikenal pasti, hanya 15 daripadanya digunakan untuk tujuan perubatan. Terapi alternatif dengan Lintah (atau nama saintifiknya Hirudo Medicinali (Medicinal Leeches) telah digunakan sejak abad ke 18. Dalam zaman moden ini banyak perkara yang dianjurkan oleh para saintis dalam soal makanan mahupun perawatan tubuh, tidak terkecuali dalam bidang perubatan. Suatu masa dahulu, cara penggunaan terapi lintah purba adalah dengan menggunakan hirudin sebagai antikogulan(pencair darah) pada rawatan kardiovaskular (seperti serangan jantung dan strok). Terapi hirudo Medicinalis leech dan Herbal yang dilakukan sejak tahun 2000 untuk tujuan perubatan berbagai penyakit seperti Kalenjar Getah Bening, Tyroid, Kanser Payudara, Migrain, Jantung Koroner, Saraf tersepit, Diabetes kering mahupun basah. Bagi kebanyakan pesakit yang telah melalui terapi ini mendapati proses penyembuhannya dapat dirasakan hari demi hari dan sangat cepat. Hingga saat ini, terapi hirudo medicinalis leech tidak mendatangan kesan sampingan yang boleh memudaratkan tubuh pesakit.

Mungkin anda telah pun sedia maklum, penggunaan lintah dalam rawatan perubatan adalah salah satu sejarah perbatan paling lama telah direkodkan. Penggunaannya boleh di dokumenkan sehingga zaman keunggulan pemerintahan Mesir dan cara penggunaannya adalah secara aplikasi perubatan yang standard sehinggalah pertengahan tahun 1800 apabila ahli terapi mengambil alih tugas mereka.
Beberapa dekat yang lalu, penggunaan lintah perubatan sekali lagi menjadi satu cabang utama dalam amalan perubatan moden. Para penyelidik dan pakar bedah sangat tertarik dengan kelebihan terapi lintah sebagai aplikasi untuk memulihkan pengaliran darah dalam venus setelah menjalani pembedahan kosmetik dan pembedahan penjanaan semula.

Ahad, 12 Oktober 2008

penternakan lintah

Fakta Menarik Lintah

1. terdapat 650 spesis lintah
2. lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
3. kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup di laut yang mana memakan ikan
4. lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
5. lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
6. tidak semua lintah adalah penghisap darah. Kebanyakannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
7. Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
8. Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
9. Lintah Hirido menyuntik serum anti pembekuan ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
10. Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
11. Lintah akan mengembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
12. Lintah pertama yang digunakan dalam perubatan kira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
13. Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, dan apabila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
14. Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
15. Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
16. Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah